Kawasan puncak yang lapang dan beresam Gunung_Muntahak

Peringkat ke-3

Selepas sejam 20 minit perjalanan, pendaki akan sampai ke kawasan permatang. Mula memasuki hutan pergunungan, kelihatan spesis buluh halus dan periuk kera di tepi trek dan sekali sekala pokok tumbang akibat tiupan ribut merentangi jalan. Walau bagaimanapun suhu tidaklah sejuk seperti yang dijangka walaupun di ketinggian 1500 kaki dpl. mungkin kawasan sekeliling sudah diteroka membuatkan suhu biasa sahaja. perjalanan berbaki 40minit ke 1 jam untuk sampai ke puncak ketika kedaan trek mula menegak perlahan-lahan. akar-akar mula menjadi sebahagian dari trek. dari trek kering bertukar menjadi trek bertanah gambut dan lembab sampailah ke puncak.

Keseluruhan masa ialah dalam 2 jam - 2 1/2 jam untuk naik (masa buka trek, dalam 4 jam). turun cuma 1 jam 1/2 sampai di pintu rimba.